
Kredit: jcomp/Freepik
Semua orang ingin berjaya. Tidak kiralah anda seorang lelaki atau wanita, kecil atau dewasa. Definisi kejayaan setiap individu juga tidak sama dan cabarannya juga berbeza. Ada yang ingin berjaya mencapai gaji bulanan 6 angka, ada pula yang ingin bergelar usahawan wanita yang menjadi inspirasi buat wanita lain dan tidak kurang juga yang ingin menjadi seorang ibu yang berjaya melahirkan anak-anak yang hebat. Betul tak?
Tidak kiralah apa pun kejayaan yang anda inginkan, anda kenalah terus berusaha untuk mengejar kejayaan yang diimpikan. Usah jadi sebahagian daripada mereka yang sering mencipta alasan seperti yang kami kongsikan ini.
#1 Suka bertangguh
Tanyalah mana-mana orang berjaya, mereka tidak bertangguh. Setiap saat yang dibazirkan adalah peluang untuk mereka rebut kejayaan. Lagipun sikap menangguh atau melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan ini bukanlah sikap yang baik. Kerja yang sengaja dilambat-lambatkan ini selalunya menghasilkan output yang kurang sempurna. Jadi, bertindaklah segera!
#2 Banyak beri alasan
Ala, nantilah kita mula, tiada modal, tidak minat, tunggu orang lain berjaya dulu dan macam-macam lagi alasan yang diguna. Hakikatnya kesemua alasan yang kita beri itu ditujukan kepada diri sendiri. Orang lain sedikit pun tidak terjejas. Bukankah lebih baik kita kurangkan memberi alasan dan mulakan bertindak. Lebih cepat kita dapat rasai kesan positifnya.
#3 Tunggu orang
Sebahagiannya pula dah terbiasa sejak zaman sekolah lagi menunggu orang. Nak ke tandas bersama kawan, nak makan pun janggal jika berseorangan dan nak sambung belajar pun mencari kawan supaya tak keseorangan. Sebab itu ada yang gagal meneruskan perancangan hidup disebabkan sukar mencari rakan sekepala. Alahai, ruginya...
#4 Tidak berani ambil risiko
Apa jua yang kita lakukan sudah tentu ada risiko yang perlu ditanggung. Nak jadi wanita berjaya, kena berani ke hadapan dan tidak gentar dengan sebarang cabaran serta halangan. Antara cara meningkatkan keyakinan adalah dengan bina jaringan sokongan termasuklah dengan berada di kumpulan positif dan dapatkan bantuan daripada mentor.
#5 Enggan lebih berjaya daripada suami
Jangan tak percaya, ini juga antara alasan yang biasa digunakan. Alasan “Biarlah suami bergaji lebih, berjawatan lebih tinggi” sudah tidak boleh diguna pakai. Bukankah lebih elok jika pasangan suami dan isteri saling beri sokongan untuk pasangan mereka maju ke hadapan dan cipta kejayaan bersama?
#6 Apa orang kata
Tidak kiralah apa pun yang kita buat, orang tetap akan berkata. Buat baik pun ada je yang dengki dan iri hati... Jadi mengapa perlu dirisau apa orang kata? Sebaiknya tepuk dada tanya diri sendiri apa yang kita inginkan.
Untuk anda yang telah lama memasang impian dan menanti saat terbaik untuk bertindak, ayuh mulakan sekarang! Tetapkan impian anda, rancang pelan tindakan, kumpul ilmu dan dapatkan inspirasi serta motivasi untuk bertindak. Salah satu daripadanya adalah dengan menjadi sebahagian daripada keluarga Inspirasi Wanita.
Hanya dapatkan 2 kotak Women Inspire berharga RM139.80 (Semenanjung Malaysia) dan RM149.80 (Sabah & Sarawak), anda dah boleh mula jana pendapatan dengan menjadi ejen atau usahawan sah Women Inspire.
Women Inspire, minuman kesihatan wanita yang diformulasi di Eropah menggunakan gabungan teknologi Nano dan dihasilkan daripada ekstrak strawberi, vitamin C, serbuk mutiara, akar serapat dan pueraria mirifica.
Dengan Women Inspire, anda bukan sahaja menjadi lebih bertenaga, kulit semakin cerah dan lembap, masalah keputihan dan bau dapat diatasi, menegangkan aset wanita dan membantu menyuburkan rahim tetapi pada masa sama anda boleh jana pendapatan tambahan yang halal di mana-mana sahaja termasuklah di rumah!
Apa tunggu lagi? Jom “Like”, “Follow” dan dapatkan produk Inspirasi Wanita di Facebook AY Legacy HQ , layari laman web AY Legacy atau hubungi talian 019-290 2312.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.