Perintah Kawalan Pergerakan sudah mula bekuatkuasa bagi menghentikan penularan wabak COVID-19 secara lebih meluas dinegara ini. Meskipun begitu, terdapat pengecualian bagi mereka yang berkhidmat dalam 'essential services' dan juga ketua keluarga yang keluar untuk membeli keperluan harian.
Buat mereka yang terpaksa keluar, amalan penjarakan sosial (social distancing) adalah perlu bagi meminimumkan jangkitan. Namun begitu, tahukah anda pembawa virus COVID-19 mungkin tidak mempunyai gejala seperti demam ataupun batuk berterusan?
Dikenali sebagai penyebar senyap, mereka yang membawa virus ini belum menunjukkan gejala kerana gejala mungkin muncul pada hari ke-14. Disebabkan itu, penyebar senyap ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengannya.
Justeru, amalkan penjarakan sosial, atau menggunakan topeng penutup mulut, atau duduk sahaja di rumah. Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.