Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Anda Ada Penyakit Hati? Ini 5 Penawarnya!

Berhati-hatilah dengan hati. Kadang akal lebih waras dari mengikut perasaan.
Sofea Shahrol
07 Feb 2022, 10:00 AM

Bicara soal hati, tiada siapa dapat menafikan bahawa hati itulah penyebab seseorang itu bahagia atau jauhnya seseorang dengan pencipta-Nya. Jika baik dan terjaga hatinya, maka baik serta elok juga perilaku dan hidupnya. Begitulah juga sebaliknya. Hati anda bagaimana?

Syeikh Ibrahim al-Khawwas, seorang ulama ada menyebut:

“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.”

Penawar #1 – Membaca Al-Quran dan Memahami Maksudnya

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

(Surah Yunus: 57)

anda ada penyakit hati? ini 5 penawarnya!

Ayat ini jelas menyatakan Al-Quran itulah penawar terbaik untuk penyakit hati yang ada dalam diri kita. Namun, sejauh mana kita pada hari ini membaca, memahami dan mengamalkan kalam Allah yang ada di dalamnya?

Basahkan lidah dan sirami hati kita dengan keindahan ayat al-Quran. Fahami setiap bait dan pengajaran yang ada di dalam al-Quran. Hati dan jiwa yang sentiasa dekat dengan al-Quran pasti akan lebih tenang dan tenteram.

Penawar #2 – Kosongkan Perut dari Terlalu Kenyang atau Berpuasa

anda ada penyakit hati? ini 5 penawarnya!

Setiap orang yang hidup perlu makan. Tapi jangan sampai hidup kita semata-mata untuk makan sahaja. Banyak makan, nanti berat untuk beribadah. 

Mungkin kita diberi kurnia dan rezeki yang melimpah. Ya, tidak salah untuk kita makan. Namun, berpada-padalah. Jangan sampai membazir dan membuatkan kita bermalas-malasan dalam beribadah kepada Allah.

Cara terbaik untuk kita mengawal nafsu makan adalah dengan berpuasa. Bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah nafsu yang lain-lain juga. Malah dengan berpuasa, banyak ganjaran pahala yang bakal kita dapat.

Penawar #3 – Bangun Beribadah Pada Waktu Malam

anda ada penyakit hati? ini 5 penawarnya!

Tidak ramai, malah sukar untuk kita jumpa orang yang sentiasa melazimi ibadah malam.

Sedangkan pada waktu malam itulah waktu paling sesuai untuk meluahkan segalanya pada Yang Maha Esa.

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. (Surah Al-Muzzammil: 6)

Dengan beristiqamah untuk bangun pada malam hari, hati dan jiwa akan lebih terisi. Kita juga akan sentiasa berasa betapa lemahnya kita di sisi Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Bangun dan beribadahlah.

Penawar #4 – Sentiasa Mendekatkan Diri Kepada Allah

anda ada penyakit hati? ini 5 penawarnya!

Hati ini milik Allah. Maka Allah lah sebaik-baik penjaga. Apabila kita kenal dan dekat dengan Allah, pasti kita akan berasa lebih bahagia. 

Antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah dengan memperbanyak amalan sunat seperti qiamullail, sedekah dan berzikir. Berkomunikasilah dengan Allah dan sentiasa berdoa agar dijauhi penyakit hati.

Penawar #5 – Membiasakan Diri ke Majlis Ilmu

Pernah tak kita kita terfikir, berapa banyakkah masa kita diisi dengan majlis-majlis ilmu terutamanya berkenaan ilmu agama?

anda ada penyakit hati? ini 5 penawarnya!

Orang yang sudah berkarier sibuk dengan kerjanya. Yang masih belajar pula tekun bersedia untuk peperiksaannya. Hampir semuanya sibuk dengan hal-hal dunia sampaikan lupa untuk memberi masa untuk agama.

Apabila kita sentiasa berada dalam majlis ilmu yang dihadiri alim ulama, lambat laun, kita akan terikut-ikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah.

Selain dapat menambahkan ilmu, kita juga dapat membentengkan diri daripada ancaman penyakit hati yang mudah untuk menyerang jiwa yang lalai dan leka.

“Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajarkan kamu.”
 Riwayat Ath-Thabrani

Sumber: TZKRH

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}