Kadang-kala rasa cemburu apabila kita sendiri sudah mencuba pelbagai cara moden dan tradisional serta menggunakan wang yang banyak semata-mata untuk kulit nampak sihat dan cantik, tetapi malangnya gagal dan tidak berjaya.
Tahukah anda dengan menggunakan sejenis minyak ini, masalah kulit anda dapat diatasi?
Dikenali sebagai minyak argan, ia berasal daripada pohon argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa , banyak tumbuh dan hidup di kawasan besar Morocco. Pohon argan adalah pohon hutan khusus dan mempunyai buah yang luar biasa, selain bahagian kayunya dijadikan kayu api atau arang, daun serta sisa kulit dan buahnya menjadi sumber makanan kepada haiwan.
Kredit: https://en.wikipedia.org/wiki/Argan_oil
Minyak Argan mempunyai banyak kandungan seperti asid linoleik yang kaya dengan vitamin E. Ini secara tidak langsung menjadi pelembap anti-penuaan dan anti-oksidan. Menariknya, minyak argan mempunyai 2 kali ganda jumlah tokoferol berbanding minyak zaitun, yang bertindak sebagai agen antioksida semula jadi.
Kredit: https://www.eremnews.com/entertainment/health/455903
Kebaikkan Minyak Argan
#1 Melindungi daripada sinaran UV
Kandungan vitamin E yang tinggi dalam minyak argan bertindak sebagai agen pelindung yang melindungi kulit daripada sinaran UV. Berbeza dengan krim anti-UV yang sedia ada, minyak argan adalah bersifat semulajadi dan tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya.
#2 Melembabkan kulit
Ia merupakan agen yang sangat baik untuk kulit kering kerana minyak ini dapat menyegarkan dan melembutkan kulit dengan lebih mudah daripada pengunaan krim atau minyak yang lain. Minyak Argan juga berguna dalam rawatan penyakit radang kulit seperti jerawat dan psoriasis.
#3 Mengurangkan tanda regangan dan kedutan
Minyak Argan dilaporkan dapat membantu mencegah kesan regangan pada kulit, khususnya akibat daripada proses kehamilan. Minyak ini dapat melindungi kulit daripada kedutan yang disebabkan oleh penuaan pramatang. Disamping itu, ia juga membantu mengurangkan kedutan dibawah mata.
#4 Mempercepatkan menyembuhkan luka
Minyak argan mempunyai kandungan asid linoleic dan anti-oksidan yang tinggi dimana ia boleh membantu meredakan keradangan dan menyembuhkan luka serta merawat sel-sel kulit yang telah mati.
#5 Boleh digunakan pada rambut dan kuku.
Minyak Argan secara semulajadinya kaya dengan asid lemak (Omega 3,6 dan 9), vitamin E dan anti oksidan. Bahan-bahan ini dilaporkan boleh menghasilkan kuku yang segar, bersinar, kuat, tahan lasak, cantik dan berseri. Ia juga dapat memberikan kekuatan kepada kuku yang lemah dan mudah pecah kerana minyak ini dikatakan dapat menguatkan kulit halus di akar kuku dan menjadikannya licin.
Persoalannya, mana nak cari minyak argan ni?
Jangan risau kerana ia ada dalam sebotol Argan Oil by Secretleaf!
Argan Oil by Secretleaf adalah 100% asli tanpa sebarang campuran bahan kimia, pewarna dan pewangi. Ia juga selamat digunakan oleh semua peringkat umur dan terbukti secara klinikal dapat dapat meningkatkan keanjalan kulit dan hidrasi kulit hanya dalam waktu empat minggu penggunaan.
Dapatkan Argan Oil by Secretleaf di www.secretleaf.com.my sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.