
Adlin Lin
Siapa peminat apam balik kat sini? Biasa ni makanan untuk di petang hari yang kebiasannya dibeli di pasar malam atau gerai-gerai di tepi jalan je.. Kadang-kadang makan makanan dari air tangan orang lain ni tak kena pada selera.. Terlebih manis , terkurang tawar tu perkara biasa.. jadi, apa nak susah? Baik korang buat je ikut resepi sendiri, bukan susah pun! Kami nak kongsi resepi apam balik menyengat dari Adlin Lin ni kat korang.. Mudah aje tau! Jom usha resipi kat bawah :
Bahan-bahan:
-4 cawan tepung gandum
-3 cawan air
½ cawan minyak
½ cawan gula
-4 biji telur
-sedikit garam
-1 sudu kecil yis mauripan
-1/2sudu the soda bikarbonat.
Inti:
- Kacang yang disangai
- Jagung dalam tin
- Gula
Cara penyediaan:
1) Korang kisar bahan-bahan kat atas ni dulu. Biarkan adunan selama 1 jam
2) Kemudian, korang sediakan kuali yang tidak melekat tau.. dan masukkan adunan secara membulat.
3) Setelah hampir masak, korang masukkan kacang, gula dan jagung sebagai inti. Kemudian, biarkan seketika
4) Bila dah siap, lipat dan sapukan apam dengan mentega atau marjerin supaya lebih cantiik
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.