
Ada orang memang jenis yang susah bangun tak kira lah berapa banyak alarm clock pun yang dia dah set. Orang kata, bila ada gempa bumi baru nak bangun agaknya.
Tapi ada satu aplikasi alarm iaitu "Alarmy" yang boleh bantu orang yang susah bangun untuk bangun.
Nak tahu kenapa Alarmy ni mungkin berkesan? Sebab cara nak matikan penggera tu bukan setakat tekan button stop atau snooze, tetapi korang kena settlekan soalan matematik yang boleh tahan lah susah dia. Selain mode soalan matematik, anda juga boleh memilih mode gambar, iaitu mengambil gambar objek tertentu atau barcode untuk mematikan alarm.
Selagi tak penuhi kehendak alarm, selagi tu lah tak boleh tutup alarm tu. Memang patut pun lah alarm ni paling annoying kan.

Sumber: The Vocket
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.