Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

[Video] Apoh, Harimau Kumbang Montel Zoo Negara Jadi Mangsa Body Shaming Netizen

IDRUS, Husna Najwa
16 Jul 2025, 12:18 PM

[video] apoh, harimau kumbang montel zoo negara jadi mangsa body shaming netizen

Foto: Tiktok (@znmzoonegara)

Baru-baru ini, video seekor harimau kumbang di Zoo Negara bernama ‘Apoh’ yang menyambut ulang tahun kelahiran menjadi tumpuan ramai. Video tersebut mendapat jumlah tontonan yang banyak dan telah dikongsi sebanyak puluhan ribu kali. Gelagat Apoh yang santai dan bersahaja dianggap lucu oleh netizen yang tidak menyangka seekor harimau kumbang berwajah ganas, mempunyai fizikal yang gendut dan tidak sasa. Video itu turut menampakkan perutnya yang montel hingga mencetuskan gelak tawa serta rasa ingin tahu dalam kalangan netizen.

 

@znmzoonegara Looks like our black panther Apoh grabbed the spotlight at the perfect moment, as today is his 15th birthday!🐈‍⬛🎂🎈 Yes, Apoh is looking a little chonky but don’t worry! Our dedicated zookeepers and vets are keeping a close eye on him and making sure he gets the best care possible. We really appreciate all your concern and support for helping our animals stay in great shape. Long live Apoh!🐈‍⬛❤️ Want to give Apoh the perfect birthday gift?🎁 Why not ‘adopt’ him! Through our Animal Adoption program, your support goes directly toward the care of our animals including medical needs. Click the link in our bio to adopt Apoh👆🏻 Thank you for your love and support!🐾💕 #happybirthdayapoh #birthday #blackpanther #adopt #wildlife #conservation #zoonegara #zoonegaramalaysia #zoonegaramalaysia2025 #fyp #fypシ゚ ♬ original sound - Zoo Negara Malaysia

Menurut Zoo Negara, penjagaan Apoh berada dalam kawalan. Pihak veterinar sedang memantau berat badannya dan melaksanakan program diet yang seimbang, sambil menambah aktiviti harian untuk membantu membakar lemak si kesayangan ramai.

[video] apoh, harimau kumbang montel zoo negara jadi mangsa body shaming netizen

Foto: Tiktok

Namun, ada juga yang meluahkan kebimbangan kerana umur Apoh sudah mencecah 15–16 tahun, dan lazimnya metabolisme haiwan juga berubah ketika umur senja.

[video] apoh, harimau kumbang montel zoo negara jadi mangsa body shaming netizen

Foto: Tiktok (@znmzoonegara)

Umur Apoh dianggarkan 15–16 tahun dan ini dianggap veteran dalam kategori haiwan. Umur sebegitu sering dikaitkan dengan berkurangnya acara pergerakan dan penurunan metabolisme, menyebabkan berat badan naik jika pemakanan tidak dikawal atau haiwan kurang beraktiviti.

Namun jangan risau kerana protokol zoo merangkumi kawalan makanan sihat, aktiviti rangsangan mental & fizikal, serta pemeriksaan berkala oleh pihak veterinar.

Kalau Apoh yang 'comel’ ini boleh amalkan diet dan melakukan aktiviti dengan personal trainer vet, rasanya ramai juga yang boleh ambil inspirasi bukan untuk diet ekstrem, tetapi sekadar mengingatkan kita supaya bergerak lebih banyak dan makan dengan berhemah.

Apoh sedang dijaga dengan baik, dan menikmati harinya di zoo negara. Videonya yang viral ini bukan sahaja mencuit hati rakyat Malaysia, tetapi siapa tahu ia juga boleh jadi motivasi kesihatan umum. Marilah kita jaga gaya hidup kita dengan seimbang!

Sumber: Tiktok (@znmzoonegara)

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us