Lagenda chef dunia, Anthony Bourdain pernah meletakkan laksa sebagai makanan paling sedap dan luar biasa di dunia. Terdapat 3 jenis laksa utama, iaitu laksa kari, laksa Siam dan laksa Asam.
Asal-usul laksa bermula ketika China pertama kali mengunjungi dan berdagang dengan penduduk setempat di Kepulauan Melayu pada awal anad ke-15. Pedagang dari China pada ketika itu mulai jatuh cinta dengan penduduk setempat.
Perkahwinan antara orang China dengan penduduk setempat telah menciptakan satu kemuniti yang unik. Di Malaysia, keturunan pedagang ini dikenali sebagai Peranakan, manakala di Indonesia pula dikenali sebagai Kiau-Seng. Para isteri dari para pedagang ini mulai menambahkan perisa mereka sendiri dalam sup tradisional China, kemudian melahirkan laksa.
Nama ‘laksa’ sendiri diambil daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud ‘sepuluh ribu’. Sepuluh ribu merujuk kepada kiasan bahan-bahan yang dimasukkan untuk mencipta laksa.
Sumber: Lifestyle
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.