Setelah lima hari pelaksanaan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 yang masih berlangsung di Jepun meskipun di tengah pandemik COVID-19.
Penganjur sukan Olimpik 2020 kali ini iaitu negara Jepun menjadikan temasya sukan Olimpik 2020 ini sebagai ‘sukan hijau’.
Oleh itu, kebanyakkan bahan kitar semula akan digunakan sepanjang penganjuran temasya sukan tersebut seperti tenaga elektrik dan katil kadbod serta tilam yang diperbuat daripada polietilena yang pernah menarik tumpuan dunia.
Namun, baru-baru ini perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh para atlet Israel tular di TikTok apabila mereka mengambil langkah keterlaluan merosakkan katil tersebut untuk membuktikan katil tersebut kukuh dan selamat.
Atlet Israel, Ben Wanger muat naik sebuah video di TikTok cuba membuktikan kekukuhan katil kadbod yang dikatakan boleh menampung berat hampir 200 kg. Dalam video tersebut, Wanger dan lapan lagi atlet negara tersebut melompat atas katil kadbod itu sehingga hancur.
Rata-rata warganet yang menonton video yang tular itu mengecam tindakan atlet Israel yang keterlaluan.
Sumber: New York Post
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.