Ketika pandemik COVID-19 ini masih melanda dunia, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas angin dan mementingkan diri sendiri.

Memetik laporan dari Sin Chew Daily, terdapat satu alat pengesan suhu atau termometer yang dijual secara atas talian di Thailand, dimana alat berkenaan adalah palsu.
Alat berkenaan hanya akan menunjukkan bacaan pada 37 darjah Celsius selepas ditekan, walau dalam apa suhu sekalipun.
Malah selepas dibuka, alat berkenaan didapati kosong pada bahagian tengah, dan hanya mempunyai skrin LCD dan cip berserta wayar yang disambung. Tambah lagi, bacaan tetap menunjukkan pada angka 37 darjah meskipun badan termometer ini sudah dibuka.


Meskipun ia dijual secara atas talian di Thailand, kita juga perlulah berhati-hati dengan sebarang sindiket penjualan atas talian untuk mengelakkan diri daripada ditipu.
Sumber
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.