Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun nyaris terkena tembakan peluru sesat yang menembusi dinding rumahnya di Wisconsin, Amerika Syarikat.
![patung baby shark selamatkan budak 3 tahun daripada ditembak](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/dec-19/screenshot-2019-12-03-at-1-00-51-pm.png)
Kanak-kanak perempuan itu dilaporkan sedang tidur dikatil apabila insiden tembakan terjadi diluar kawasan rumahnya sekitar jam 8.42 malam pada Ahad lalu.
![patung baby shark selamatkan budak 3 tahun daripada ditembak](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/dec-19/screenshot-2019-12-03-at-1-00-57-pm.png)
Ketika kejadian, anak kecil itu sedang tidur sambil memeluk anak patung 'Baby Shark', dan peluru mengenai pada patung berkenaan.
Satu lagi peluru pula tersasar hanya beberapa inci daripada tubuhnya.
Insiden tembakan itu masih lagi disiasat dan setakat ini tiada laporan kecederaan diterima.
Sumber: Madison Police Department
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.