Malam adalah waktu untuk berehat, namun ada diantara kita yang terpaksa berjaga hingga lewat malam atas alasan-alasan tertentu.
Namun tahukah anda, berjaga sehingga lewat malam boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan diri?
Menurut laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tabiat berjaga sehingga lewat malam boleh memberikan 4 kesan utama seperti berikut:
1. Gangguan fungsi kognitif, menyebabkan invididu menjadi pelupa dan hilang daya tumpuan.
2. Individu akan berkeinginan untuk mencari makanan berkarbohidrat dan gula, seterusnya menyebabkan obesiti dan juga diabetes.
3. Kurang tidur, seterusnya menyebabkan kawasan otak yang mengawal aktiviti 'membuat keputusan dan membuat perancangan teratur' menjadi terganggu.
4. Memberi kesan kepada imuniti badan, seterusnya menyebabkan penyakit seperti selesema dan lain-lain yang membawa kepada masalah lebih serius seperti kanser.
Walaupun anda berjaga pada satu malam, ia boleh memberikan kesan kepada jam biologikal individu seterusnya menggangu kitaran gula dalam darah.
Sumber: KKM Putrajaya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.