Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Ingatkan Jimat, Rupanya Bahaya! Ini Sebab Lauk Tak Boleh Dipanaskan Banyak Kali

IDRUS, Husna Najwa
27 Feb 2026, 03:11 PM

ingatkan jimat, rupanya bahaya! ini sebab lauk tak boleh dipanaskan banyak kali

Foto Hiasan

Ramai antara kita ada tabiat ‘sayang nak buang’ lebihan lauk semalam lalu ia disimpan dalam peti sejuk, esok panaskan. Tak habis lagi? Masuk peti sejuk semula. Lusa panaskan sekali lagi.

Nampak macam biasa, malah jimat! Tetapi tahukah anda, perbuatan memanaskan lauk berkali-kali sebenarnya boleh mengundang risiko kesihatan yang serius?

Setiap kali makanan dipanaskan, suhu akan berubah-ubah. Proses turun naik suhu ini boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria berbahaya, terutama jika makanan dibiarkan lama pada suhu bilik sebelum dimasukkan semula ke dalam peti sejuk.

Lebih membimbangkan, ada jenis makanan tertentu yang sangat berisiko jika dipanaskan berulang kali.

ingatkan jimat, rupanya bahaya! ini sebab lauk tak boleh dipanaskan banyak kali

Foto Hiasan

Lauk Berasaskan Santan

Masak lemak, kari, rendang memang sedap! Tetapi santan mudah basi dan menjadi medium pembiakan bakteria jika tidak dikendalikan dengan betul.

Makanan Laut

Udang, sotong, ikan jika dipanaskan berkali-kali, tekstur berubah dan risiko keracunan makanan meningkat.

Sayur Berdaun Hijau

Bayam dan sawi mengandungi nitrat semula jadi. Apabila dipanaskan berulang kali, ia boleh bertukar menjadi nitrit yang berpotensi memudaratkan kesihatan.

Nasi

Ramai tak tahu, nasi yang dibiarkan terlalu lama sebelum disimpan boleh mengandungi bakteria Bacillus cereus yang tahan panas!

ingatkan jimat, rupanya bahaya! ini sebab lauk tak boleh dipanaskan banyak kali

Foto Hiasan

Risiko Yang Mungkin Berlaku

  • Keracunan makanan
  • Cirit-birit dan muntah
  • Sakit perut berpanjangan
  • Demam

Kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta, tetapi ia boleh menjadi serius terutama kepada kanak-kanak dan warga emas.

Tips Simpan & Panaskan Dengan Selamat

  • Simpan makanan dalam bekas kecil supaya hanya panaskan bahagian yang mahu dimakan.
  • Pastikan makanan dipanaskan sehingga benar-benar panas (berwap sekata).
  • Jangan panaskan lebih daripada sekali.
  • Elakkan biar makanan terdedah pada suhu bilik terlalu lama.

Memang betul, berjimat itu amalan mulia. Tetapi jangan sampai kesihatan jadi taruhan. Kalau lauk dah dipanaskan banyak kali dan rasa atau bau pun dah lain macam… mungkin itu petanda untuk lepaskan saja.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us