Ramai di antara kita yang suka memanaskan nasi kembali berulang-kali, tetapi tahukah anda ia berpotensi meningkatkan keracunan makanan?
Risiko keracunan makanan sebenarnya adalah berpunca daripada cara penyimpanan sisa nasi sebelum dipanaskan.
Beras mentah yang belum dimasak mungkin mengandungi spora Bacillus Cereus. Bakteria ini dapat bertahan hidup setelah nasi masak. Sewaktu nasi yang sudah masak dibiarkan sejuk pada suhu bilik, bakteria tersebut boleh berkembang dan menghasilkan racun yang sering menjadi penyebab keracunan makanan.
Semakin lama nasi dibiarkan, semakin banyak racun yang dihasilkan. Oleh itu, lebih selamat jika anda tidak memanaskan nasi hingga berkali-kali kerana nasi yang sejuk menyebabkan spora Bacillus cereus semakin bertambah banyak.
Sumber: Hello Doktor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.