
Oleh Feyra Nasrom Sumber doctoroz
Nah! Zaman sekarang nak melawa dah tak perlu gunakan modal yang banyak. Rupa-rupanya banyak bahan semula jadi yang kita boleh pakai guna untuk kecantikan diri sendiri. Sebagai contoh baking soda. Ya, baking soda ada 8 fungsi kecantikan yang kita tak tahu. Nak tahu apa? Jom baca kat bawah ni :
1)Boleh lebatkan rambut??
Cara-caranya, korang ambil baking soda dan campur ke dalam shampu yang korang guna. Fungsi baking soda adalah untuk membuang kotoran pada rambut dan menjadikan rambut lebih lebat.
2) Hilangkan jerawat?
Produk muka tak membantu hilangkan jerawat? Jangan risau, baking soda kan ada ! ya, cara ini mungkin membantu korang untuk dapatkan wajah yang licin mulus! Cara penyediaan, korang campurkan baking soda dengan madu dan sapu pada jerawat. Biar selama 15 minit , kemudian bilas.
3)Putihkan gigi korang!
Campur sahaja baking soda dengan jus lemon, dah jadi pencuci dan juga pemutih gigi semula jadi! Ambil pes tersebut dan gosok pada gigi dengan menggunakan berus gigi. Jus lemon pula boleh dijadikan sebagai pencuci mulut, korang hanya perlu berkumur sahaja.
4) Boleh cuci sikat yang kotor
Sikat yang lama tak dibasuh akan dipenuhi dengan rambut , daki kulit kepala dan sebagainya. Jadi untuk membersihkan sikat tersebut , basuh dengan menggunakan baking soda. Masukkan 3 sudu besar baking soda ke dalam semangkuk air suam dan rendam sikat itu selama 15 minit. Percayalah, kotoran pada sikat akan tertanggal dan boleh digunakan seperti biasa. Korang basuh dan gosok sedikit sikat tu okay!
5)Skrub muka?
Ya, baking soda boleh dijadikan sebagai skrub muka. Caranya mudah sahaja, campur serbuk penaik dengan pencuci muka ataupun campur dengan madu. Kemudian, cuci muka seperti biasa.
Pastikan korang urut wajah korang dalam keadaan membulat untuk memastikan kulit yang mati tertanggal dan dibuang
6) Kilatkan kuku.
Buat apa nak membazir duit pergi manicure pedicure ni kan? Korang kilatkan kuku pakai baking soda je dah cukup ! Cara-caranya, campurkan baking soda dengan sedikit cecair hydrogen peroxide. Kornag boleh beli cecair ini dekat mana-mana drugstore
Rendam kuku korang dalam campuran tersebut dan guna berus gigi yang sudah lama dipakai untuk menyental kuku korang. Hasilnya, kuku akan jadi berkilat weh!
7) Lembutkan tapak kaki yang kasar
Nak tapak kaki yang lembut? Campurkan 2-3 sudu baking soda ke dalam sebesen air dan masukkan juga minyak aroma kesukaan korang. Sebagai contoh, lavender. Kemudian, rendam kaki korang selama 20 minit.
Kemudian, korang sental tapak kaki dengan pes baking soda itu. Ia membantu menggelupaskan bahagian kaki kornag yang kasar.
8) Kulit cerah mulus
Campur baking soda, jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Selepas cuci muka, oleskan pada muka korang. Sama konsep seperti korang pakai mask je. Biar selama 10 minit dna bilas dengan air.
Senang je kan? Pakai baking soda je kot dah boleh dapat kecantikan dari rambut hingga ke kaki weh! Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai cuba petua ini!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.