Tak lengkap rasanya kek hari jadi tanpa lilin, namun satu kajian menunjukkan selepas anda meniup lilin pada kek, anda baru sahaja menyebarkan bakteria pada makanan anda.
Kajian oleh sekumpulan saintis dari Clemson University di South Carolina, diketuai oleh Dr. Paul Dawson menunjukkan, pertambahan bakteria sebanyak 14 kali ganda selepas lilin ditiup.
Malah, ada juga bakteria yang bertambah sebanyak 120 kali ganda, bergantung kepada peniup lilin ketika itu.
“Oleh kerana terjadi pemindahan bakteria secara langsung kepada lapisan gula dengan meniup lilin pada kek, pemindahan bakteria dan mikroorganisma lain dari saluran pernafasan seseorang yang meniup lilin boleh terjadi pada pemakan," tulis Dawson dalam kajiannya.
Namun begitu, bakteria yang dimakan pada kek yang dihembus ini adalah selamat dimakan, walaupun sebanyak mungkin kek yang anda makan, kemungkinan untuk jatuh sakit akibat daripada bakteria ini adalah sangat rendah.
Sumber: Journal of Food Research.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.