Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Banjir Di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak Bertambah Buruk

Di Pahang jumlah mangsa banjir terus meningkat melibatkan 24,257 mangsa
Editor
07 Jan 2021, 11:14 AM

Keadaan banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk pagi ini berikutan hujan lebat yang masih berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri terlibat terus meningkat.

banjir di pahang, kelantan, terengganu dan perak bertambah buruk

Bagaimanapun, keadaan banjir di Johor dan Sabah beransur pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan di PPS.

Di PAHANG jumlah mangsa banjir terus meningkat melibatkan 24,257 mangsa yang ditempatkan di 281 pusat pemindahan di sembilan daerah negeri ini.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Temerloh mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 5,764 diikuti Maran (5,275), Kuantan (3,461), Lipis (2,551), Jerantut (2,455), Raub (2,182), Rompin (986), Pekan (859) dan Bera (724).

Portal berkenaan turut memaklumkan Sungai Pahang di daerah Bera, Maran, Pekan, Jerantut,Temerloh dan Kuantan sudah telah melepasi tahap bahaya.

Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT) ANIH Berhad menerusi laman Twitter memaklumkan laluan KM113 dan KM115 di Lanchang masih ditutup di kedua-dua hala susulan kenaikan air.

Turut ditutup laluan di KM84 persimpangan Lanchang ke persimpangan Karak menghala Kuantan.

banjir di pahang, kelantan, terengganu dan perak bertambah buruk

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di lima jajahan negeri ini menunjukkan peningkatan ketara apabila 4,829 mangsa ditempatkan di 64 PPS, berbanding 2,142 mangsa petang semalam.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Jeli kekal merekodkan bilangan penduduk yang terjejas teruk iaitu 1,688 mangsa, manakala Kuala Krai (1,455), Gua Musang (775 mangsa), Pasir Mas (469) dan Tanah Merah (442).

Sementara itu, menurut infobanjir.water.gov.my, enam batang sungai di negeri ini merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai 36.46 meter (m) (bahaya 35.00 m), Sungai Kelantan di Kuala Krai 28.60 m (bahaya 25.00 m) dan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah 18.17 m (bahaya 16.00 m).

Selain itu, Sungai Golok di Jenob 23.67 m (bahaya 23.50 m), Sungai Golok di Rantau Panjang 10.63 m (bahaya 9.00 m) dan Sungai Galas di Dabong 40.96 m (bahaya 38.00 m).

banjir di pahang, kelantan, terengganu dan perak bertambah buruk

Di TERENGGANU, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 5,243 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 910 mangsa pada 3 petang semalam.

Menurutnya, ketika ini terdapat 39 PPS beroperasi dengan daerah paling teruk terjejas ialah Kemaman melibatkan seramai 4,074 mangsa diikuti Dungun (849), Hulu Terengganu (219), Besut (94) dan Setiu (tujuh).

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan stesen bacaan tujuh sungai di lima daerah telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kemaman di Air Putih setinggi 14.32 m (paras bahaya 14 m) dan Sungai Tebak di Kampung Tebak setinggi 19.6 m (paras bahaya 18.5 m).

Sementara itu, di Hulu Terengganu, dua sungai terlibat ialah Sungai Telemong di Kuala Ping setinggi 20.6m (paras bahaya 19.7 m) dan Sungai Berang di Menerong setinggi 25.12 m (paras bahaya 24.5 m).

Tiga lagi sungai ialah Sungai Besut di Jambatan Keruak setinggi 36.63 m (paras bahaya 35 m), Sungai Dungun di Pasir Raja setinggi 37.82 m (paras bahaya 37.5 m) dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu setinggi 21.21 m (paras bahaya 21 m).

-- BERNAMA / Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us