
Oleh Feyra Nasrom Sumber Rossan Kesoma Wijaya / abangterlajaklaris
Dah makan ubat pun batuk masih susah nak hilang?? Kahak pun masih ada berminggu-minggu? Jangan risau, kami ada petua nak kongsi kat korang tau , petua ni datangnya dari seotrang pengguna laman sosial iaitu Rossa Kesoma Wijaya yang berkatakan petua yang didapat juga merupakan perkongsian daripada seorang wanita cina yang ditemuinya. Kata Rossa, batuk yang dialami terus pulih selepas mengamalkan petua ni, jom kita tengok apa petua berkesan ni :
- Sediakan satu ruas halia yang sudah dibakar.
- 21 ulas bunga cengkih
Cara-cara penyediaan :
-Korang kena tumbuk kedua bahan ini hingga lumat
-korang rendam dalam air panas dan biar hingga 10 minit sebelum minum.
Rasa air ni seperti the tarik india yang berempah. Kalau korang nak minum lagi boleh letak lagi air panas, kemudian, minum. Insyaallah dengan izin Allah, petua ini mujarab dengan batuk korang. Selamat mencuba ya !!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.