
Sumber Astro Awani, The Straits Times, Australia Plus
Siapa tak suka durian memang rugi weh ! Durian terkenal dengan raja segala buah tau.. isi durian memang berlemak , manis dan sekali makan, pasti nak lagi! Tapi , ramai je orang kat Malaysia ni memang tak suka Durian, hidu bau je pun dah nak muntah.
Bercakap soal bau durian.. pernah tak korang terfikir, dari mana datangnya bau yang kuat tu??
Menurut sumber Astro Awani, pakar sains di Singapura sudah membuat kajian untuk mengenal pasti punca munculnya bau durian yang kuat tu.
Timbalan pengarah Kajian di Pusat Kanser Kebangsaan Singapura (NCCS) Prof Bin Tean Teh menegaskan bahawa pasukan kajian dan penyelidik telah menemukan 46,000 genetik pada buah durian.
Kajian juga mengatakan asal usul Durian datang daripada pokok Koko dan berkemungkinan dijadikan sebagai coklat.
Selain itu, 4 genetik iaitu Methionine Gamma Lyases (MGL) turut ditemui pada durian, koko dan juga kapas dan genetik ini sememangnya mengasilkan bau yang kuat yang datangnya dari raja buah ini, iaitu Durian.
Bukan itu sahaja, penemuan MGL pada durian merupakan sangat penting untuk raja buah tersebut berkembang dalam industri buah-buahan.
Malah , penyelidik kini sedang melakukan eksperimen dalam usaha untuk mengurangkan genetic ,MGL agar mengeluarkan bau yang kuat pada durian. Wah, kalau berjaya, lepas ni buah durian dah tak bau kuat sangat haa.. tapi.. isinya masih sedap atau tak ek?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.