
Bekwoh Gulai Kawah Bro Pagi Gegar yang dibawakan oleh Yaya Empire telah dijayakan dengan penuh meriah berjaya menarik hampir 5 ribu orang pendengar Gegar.
Lokasi pertama Bekwoh Gulai Kawah diadakan di Balai Raya Sri Paya Keladan, Temerloh, Pahang pada 10 Februari 2024 manakala lokasi kedua di Dewan Terbuka Sri Tujoh Beach Resort, Tumpat, Kelantan pada 16 Februari 2024.
Antara artis yang membuat persembahan di Tumpat, Kelantan ialah Kumpulan Dikir Barat Seruling Kasih, Fadil Turbo, Ezeri Layang Puteh, Emie Sukmasari, Adam ZBP, Badul Thailand dan Ropi Hitam Manis. Dalam pada itu, artis di Temerloh pula ialah Eda Ezrin, Deqnee, Fadil Turbo, Ezeri Layang Puteh, Adam ZBP, Man Khan dan Kumpulan Dikir Barat Sri Paya Keladan.
“Bekwoh Gulai Kawah ini dipilih kerana ianya salah satu budaya yang dekat dengan masyarakat di Pantai Timur,” kata Puan Raja Nadia, pengurus kandungan Gegar.
Tambahnya, program ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan penyampai radio segmen pagi yang baharu iaitu Fizie dan Issey serta penyampai Gegar yang lain.
“Temerloh & Tumpat juga merupakan tempat yang terkenal dengan persembahan dikir barat dan mempunyai kumpulan dikir barat sendiri”

Gegar juga menghargai penaja Yaya Empire yang merealisasikan program ini serta Ketua Kampung, Pihak Berkuasa Tempatan, penduduk kampung dan lain-lain yang telah menjayakan Bekwoh Gulai Kawah Bro Pagi Gegar.
Diharapkan Bekwoh Gulai Kawah dapat menggembirakan penonton yang hadir serta diteruskan pada masa akan datang.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.