Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Budak 19 Bulan Dilaporkan Hilang Dari Rumah Waktu Maghrib

Aimi Amira Nordin
25 Feb 2025, 09:12 PM

budak 19 bulan dilaporkan hilang dari rumah waktu maghrib

Foto: Sinar Harian

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan dilaporkan hilang daripada rumah keluarganya di Kampung Aira Kuala Tiga di sini, malam tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, anak tunggal kepada Hud Aryan Mohd Nor Hafifi itu disedari tiada di rumah kira-kira jam 7.20 malam oleh ahli keluarga.

Ibu saudaranya, Azean Irdawati Ramley, 44, memberitahu bahawa sebelum kejadian, Hud berada dalam rumah kerana diberi makan oleh ibunya sebelum wanita terbabit masuk ke dapur selepas selesai menyuap nasi kepada anaknya itu.

 

"Kebetulan selepas itu seorang saudara datang ke rumah dan ketika berbual, dia bertanyakan di mana Hud, baru kami menyedari Hud hilang.

 

"Ibunya mendapati pintu pagar rumah turut terbuka dan keadaan semakin kecoh dengan pencarian dibuat di sekitar parit di hadapan rumah serta hutan sekitar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas Azean, anak saudaranya itu baru saja boleh berjalan dan agak aktif malah memang suka bermain air dan disebabkan itulah pihaknya merasakan Hud menuju ke parit.

“Adik saya menetap di kampung lain tapi sering datang ke rumah ibu di Kampung Aira untuk menjenguk.

"Kami sangat risaukan keadaan Hud, lebih-lebih lagi ibunya kerana Hud adalah anak tunggal dan pencarian masih lagi dibuat sehingga kini," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.02 malam tadi berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Susulan daripada itu, operasi pencarian terus dibuat malam tadi sekitar rumah termasuk kawasan hutan sekeliling terutama parit di hadapan rumah keluarga mangsa.

"Operasi disambung pagi ini dengan bantuan penduduk kampung dan kita juga meminta bantuan pasukan anjing pengesan (K9) dari ibu pejabat dan difahamkan ia dalam perjalanan ke sini (Kelantan)," jelasnya.

Sumber: Berita Harian

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us