
Kutu Babi ataupun lebih mesra dengan panggilan Sengkenit sebenarnya haiwan yang biasa ditemui disekeliling kita.
Sengkenit sebenarnya adalah merupakan sejenis ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia dan kadang - kadang pada reptilia dan amfibia.

Namun tahukah anda apakah kesan bahaya haiwan kecil ini?
Sengkenit membawa virus yang tidak kurang bahayanya kepada manusia walaupun ancaman dari sengkenit jarang didengari dan tiada laporan yang direkodkan di Malaysia tetapi haiwan kecil ini membawa virus Congo atau CCHF yang boleh menyebabkan demam berdarah. sakit otot, pening, sakit kepala, sakit mata.
Pesakit juga berpotentsi diancam pembesaran limfa (lymphadenophaty) dan bintik-bintik merah yang menyebabkan pendarahan pada permukaan mukosa dalaman seperti mulut, tekak dan kulit.
Jika pesakit tidak mendapatkan rawatan dengan segera ia mampu menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius termasuklah kerosakkan buah pinggang, kegagalan hati dan seterusnya boleh menyebabkan maut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.