
Foto: mybis.gov
Walaupun rama-rama dan kupu-kupu sering disangka sama kerana rupa mereka yang hampir serupa, sebenarnya kedua-duanya mempunyai perbezaan yang ketara dari segi penampilan, tabiat dan waktu aktif. Jom kita kenali lebih dekat perbezaan antara dua serangga cantik ini!
Waktu Aktif: Siang vs Malam
Rama-rama ialah serangga nocturnal, iaitu aktif pada waktu malam. Kupu-kupu pula diurnal, aktif pada waktu siang. Namun, ada juga yang aktif pada waktu malam.
Sayap: Cara Berehat Berbeza
Rama-Rama akan membuka sayap semasa berehat, walaupun ada juga yang menutupnya. Kupu-kupu pula akan melipat sayap ke atas ketika berehat.

Foto Hiasan
Bentuk dan Warna
Rama-rama mempunyai badan yang besar dan berbulu, dengan warna sayap yang suram seperti coklat atau kelabu. Kupu-kupu lebih langsing dan tegap, dengan warna sayap yang terang, menarik dan bercorak.
Sesungut (Antenna)
Rama-rama memiliki sesungut yang menebal di hujung dan berbulu. Kupu-kupu pula mempunyai sesungut yang halus dan berbentuk seperti hujung tukul.
Peranan Ekosistem
Walaupun berbeza, rama-rama dan kupu-kupu sama-sama penting dalam ekosistem. Mereka membantu dalam proses pendebungaan tumbuhan dan juga menjadi sumber makanan kepada haiwan lain. Kehadiran mereka menandakan keseimbangan alam yang sihat.
Jadi selepas ini, jika anda terlihat serangga bersayap cantik di taman atau pada waktu malam, cuba perhatikan ciri-cirinya dan kenalpasti adakah itu rama-rama atau kupu-kupu? Kedua-duanya unik dan penting dan dunia kita lebih indah dengan kehadiran mereka.
Sumber: www.mybis.gov.my
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.