Kerajaan negeri Kelantan meluahkan rasa bimbang dengan kemunculan kluster baru COVID-19, berikutan kepulangan perantau ke negeri ini selepas penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kebenaran merentas negeri dibenarkan mulai hari ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin berkata, mereka yang berada di Selangor dinasihatkan untuk bersabar seketika sementara menunggu tempoh inkubasi membabitkan kluster terkini iaitu Kluster Huma tamat terlebih dahulu, sebelum mengembalikan status Kelantan sebagai negeri zon hijau.
"Kita bimbang akan jadi seperti baru-baru ini yang mana sebaik Kluster Mengketil lenyap, muncul Kluster Huma dan mungkin akan timbul (kluster) baharu lagi disebabkan kepulangan mereka dari luar Kelantan.
"Kita bukan ingin menghalang mereka pulang ke kampung halaman kerana didikan rakyat Kelantan memang kuat hubungan kekeluargaan dan baik ibu bapa atau anak, masing-masing akan berasa 'tidak sedap duduk' jika lama tidak berjumpa.
"Nasihat saya kepada perantau agar bersabar seketika dalam tempoh dua hingga empat minggu dan selepas itu ke mana sahaja mereka boleh pergi," katanya.
Sumber: Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.