
Kredit News au
Seorang wanita berusia 50 tahun, Theresa Lynch hampir buta gara-gara tidak pernah membersihkan bulu mata sejak 25 tahun dia memakai mascara.
Theresa hanya menyedari rasa sakit dan tidak selesa di bahagian mata apabila dia memejam matanya. Selepas mendapatkan rawatan, Theresa terkejut apabila terdapat kesan bintik hitam yang sangat banyak terletak dibahagian bawah kelopok matanya..
Bintik hitam tersebut disebabkan dia tidak membersihkannya bulu mata selepas memakai mascara. Tabiat ini sudah berlaku selama 25 tahun.

Jelas doktor,” bintik hitam tersebut akan mengenai bola mata Theresa setiap kali dia mengerlipkan matanya, dan ia berisiko untuk jadi buta “
Apa yang dirasai oleh Theresa sama seperti seseorang mencampak pasir ke dalam mata sehingga rasa pedih.
Kata Theresa, dia sudah terbiasa memakai alat solek dan tidak membasuh mukanya sebelum tidur.. Pesan Theresa, bersihkan wajah korang semua sebelum kejadian seperti dia berlaku ke atas diri kita sendiri.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.