Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun telah menghasilkan hampir RM120 juta dalam jangka masa setahun. Hasil daripada video "unboxing" dan membuat reviu mengenai alatan mainan dan permainan di YouTube.
Ryan Kaji, kanak-kanak yang berasal dari Texas, ini telah menjana pendapatan sebanyak USD30 juta (RM124 juta) menjadikannya Youtuber terkaya di dunia.
Menurut laporan The Guardian, dia memegang gelaran sebagai YouTuber dengan bayaran tertinggi untuk tahun ketiga berturut-turut.
Ryan yang telah digambarkan sebagai seorang "influencer" melalukan video pertamanya di YouTube pada bulan Mac 2015. Setelah menonton beberapa video berkenaan reviu mainan, Ryan kemudian bertanya kepada ibunya mengapa dia tidak berada di platform tersebut seperti kanak-kanak lain.
Kini, saluran akaun Youtube Ryan yang dikenali sebagai Ryan’s World sudah memiliki 30 juta pengikut.
Dalam pada itu, Ryan turut memiliki produk dan pakaian dengan nama akaun Ryan’s World yang mengaut keuntungan hampir USD200 juta (RM832 juta).
Malah, Ryan bakal menjalinkan kerjasama dengan platform kanak-kanak terkenal iaitu Nickelodeon namun nilai pendapatan kontraknya itu tidak didedahkan kepada umum.
Populariti Ryan tidak berhenti begitu sahaja, bahkan keluarganya juga menerima tempias glamor sehingga menukarkan nama keluarga mereka yang asalnya, Guan kepada Kaji.
Sumber: The Guardian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.