Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Bunyi Hon Punca Gajah Mengamuk di Gerik

ROSTAM, Mohamad Firdaus
21 May 2025, 11:23 AM

bunyi hon punca gajah mengamuk di gerikFoto: Sinar Harian

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila seekor gajah mengamuk dan merosakkan keretanya dalam satu kejadian yang berlaku malam tadi di Kilometer 11, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, berhampiran Sungai Lebey.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian berlaku sekitar jam 8.15 malam ketika mangsa yang memandu sebuah Toyota Vios sedang dalam perjalanan melalui kawasan terbabit.

Menyedari kehadiran sekumpulan gajah sedang melintas jalan, mangsa segera memperlahankan dan memberhentikan kenderaannya sambil mematikan lampu bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap haiwan liar itu.

Namun, menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, suasana menjadi kecoh apabila sebuah kenderaan lain di belakang membunyikan hon secara tiba-tiba, dipercayai menyebabkan gajah-gajah berkenaan menjadi agresif.

“Tiga ekor gajah dilaporkan menghampiri kenderaan mangsa. Dalam keadaan panik, pemandu berusia 39 tahun itu bertindak keluar dari kereta dan menyelamatkan diri ke kawasan yang lebih selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas kawanan gajah itu beredar dari lokasi, mangsa segera ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan mengenai kejadian tersebut. Pemeriksaan mendapati kereta mangsa mengalami kerosakan serius di bahagian hadapan, belakang serta sisi kanan dan kiri akibat diserang oleh gajah terbabit.

Nasib baik, tiada kecederaan dilaporkan dan mangsa berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang insiden fizikal.

Menurut Zulkifli, insiden ini sekali lagi mengingatkan pengguna jalan raya khususnya di laluan yang sering menjadi kawasan lintasan hidupan liar agar lebih berwaspada.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membunyikan hon, tidak menggunakan lampu tinggi, serta sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa apabila berhadapan dengan situasi melibatkan haiwan liar seperti gajah.

“Tindakan yang cuai boleh mengundang risiko besar kepada keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi memantau dan meningkatkan tahap keselamatan di kawasan yang dikenalpasti sebagai laluan gajah, terutamanya waktu malam.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us