
Abangterlajaklaris
Apa sebab utama terjadinya cagu? Korang kena tahu cagu terjadi disebabkan penjagaan kebersihan kuku tidak betul dan tidak bersih, selain itu, pemakaian kasut juga sempit. Cara potong kuku juga kena betul dan kalau salah, ia boleh menjadi sebab terjadinya cagu. Jadi, cara-cara untuk merawat masalah cagu ini ada 5 petua yang korang kena tahu :
Limau Nipis
Potong kuku korang dan ambil sedikit perahan air limau nipis dan sapu ke kuku yang mencengkam itu. Kenapa kena potong terlebih dahulu? Ia untuk membuatkan air limau itu meresap ke dalam cagu. Lakukan sebanyak 2 kali sehari okay!
Santan Kelapa
Ambil segenggam kelapa parut, pastikan ia belum diguna lagi. Korang perah santan pekat itu ke atas bahagian kuku yang kena cagu. Biar selama beberapa minit , kemudian korang bilas pakai air yang bersih okay! lakukan berulang kali..
Daun Inai
- sediakan daun inai (1 genggam) , tumbuk hingga halus
- balut pada ibu jari yang ada cagu.
- Biar ia jadi sampai kering dan kemudiannya korang buang inai tersebut.
- Lakukan cara mudah ini berulang kali ya
Daun Keembung Putih
- sediakan 8 helai daun Keembung Putih, kemudian tumbuk hingga jadi halus.
- Balut pada jari yang cagu
- Kemudian balut pakai plastik
- Korang boleh tanggalkan balutan lepas 1 jam
- Kerap kali amalkan cara ini untuk cagu surut dan baik dengan cepat
Kunyit + Daun Inai +Kapur Sirih
Letak beberapa helai daun inai dalam lesung batu, masukkan sedikit kunyit dan kapur sirih, Kemudian korang kena tumbuk kesemua bahan ini hingga lumat.
-kemudian, letak bahan ini kat kuku yang mencengkam itu. Kalau nak lagi kemas, korang balut je pakai kain bersih.
Bila dah kering, gantikan pakai campuran inai, kunyit serta kapur sirih. Lakukan berulang kali sampai baik..
Selamat mencuba!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.