Orang kata, minyak dalam masakan itu penambah rasa. Tapi yang penatnya masa kita nak basuh bekas tuh nanti. Lagi-lagi kalau kita simpan makanan berminyak itu dalam bekas simpanan plastik.
Kalau bekas plastik itu setakat bekas plastik biasa yang kita dapat masa kita beli makanan ‘tapau’, takpelah, kita boleh buang terus. Tapi kalau kita guna bekas yang mahal, takkan kita nak buang pulak, kan?
Mari kita kongsi sikit cara yang kita boleh buat.
Langkah 1
Pasang penyumbat sinki anda supaya anda boleh mengisinya dengan air yang suam panas.
Langkah 2
Rendam dan tenggelamkan bekas makanan anda yang berminyak teruk tadi ke dalam air suam tadi. Biarkan untuk beberapa minit.
Langkah 3
Tuang beberapa picitan sabun basuhan pinggan ke atas span pembasuh di bahagian yang lembut. Perah span tadi untuk mengeluarkan buih yang banyak.
Langkah 4
Basuh bekas makanan anda seperti biasa menggunakan span tadi. Bilas bekas anda dengan air suam. Selepas itu barulah bilas dengan air sejuk.
Langkah 5
Keringkan bekas makanan anda menggunakan tisu dapur yang keringsehingga kesan minyak hilang. Kalau tak hilang juga, ulang langkah 2 hingga 5.
Langkah 6
Letakkan bekas anda ke arah pancaran matahari yang terus untuk beberapa. Kalau tak hilang jugak, anda boleh rendam menggunakan larutan air dan peluntur.
Selain itu, ada juga yang menggunakan ais sebagai cara untuk membuang minyak:
Caranya, anda boleh menghilangkan kesan minyak ini dengan air, ais, dan sabun basuhan pinggan.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam bekas makanan dan tutup.
Goncang untuk beberapa ketika, dan basuh seperti biasa. Kami pun tak tahu keberkesanannya. Cuba anda guna langkah ini dan beritahu kami berkesan ke tidak.
Sumber: Hunker
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.