Pernah satu ketika, kereta kawalan jauh atau lebih dikenali dengan nama RC Car menjadi trending ramai anak muda. Namun alat permainan itu semakin ditinggalkan mungkin kerana kos untuk membeli bateri agak tinggi.

Disebabkan itu, menerusi video yang dimuatnaik daripada laman Facebook Berani Buat, lelaki ini tampil dengan alternatif sendiri bagi menghasilkan kereta kawalan jauh yang boleh dicas semula dengan menggunakan sambungan USB.
Antara bahan yang perlu disediakan adalah seperti bateri jenis Lithium-ion, casing bateri dan pengecas USB (charging board TP4056).
1. Ceraikan badan kereta.

2. Buka pada komponen eketronik dan cari sambungan pada bateri.
3. Gantikan sambungan bateri sedia ada kepada casing bateri yang baru.

4. Sambungan wayar bateri kepada pengecas USB.


5. Pasangkan semula badan kereta.

Video tutorial mudah ini sehingga kini mendapat jumlah tontonan melebihi 1 juta di Facebook.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Berani Buat
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.