Bila kena hiccup atau sedu, mesti rasa tak selesa. Lagi-lagi kalau tengah orang ramail. Selalu nak hilangkan mesti kena minum air. Tapi ada cara lain tak?
Sebelum kita ketahui cara hilangkan hiccup, jom kita kenali terlebih dahulu apa sebenarnya hiccup ini.
Apa Itu Hiccup?
Hiccup adalah pengecutan otot diafragma (myoclonic jerk) yang mungkin berulang beberapa kali seminit.
Ia merupakan tindakan automatik yang melibatkan refleks manusia. Refleks ini menyebabkan pengecutan yang kuat diafragma diikuti kira-kira 0.25 saat kemudian dengan penutupan tali vokal, yang menghasilkan bunyi “hic”.
Remedi Hilangkan Hiccup Boleh Buat Di Rumah
Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda cuba untuk menghilangkan hiccup, walaupun tidak ada bukti bahawa kaedah ini benar-benar berfungsi. Tapi sedikit sebanyak memang membantu.
- Menahan nafas anda
- Minum segelas air dengan cepat
- Berkumur dengan air
- Minum air ais
- Menelan gula pasir
- Bernafas ke dalam beg kertas untuk mengganggu corak pernafasan biasa anda
- Menutup lubang hidung anda, tutup mulut anda dan cuba hembuskan nafas (manuver Valsalva)
- Tarik lutut anda ke dada anda atau bersandar ke hadapan, yang boleh menentang sesuatu yang menjengkelkan diafragma
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.