Bayangkan bila dah siap assignment kat Word, bila nak print atau buka fail tu tak boleh buka. Apa yang korang boleh buat untuk buka semula fail tu? Banyak sebab yang boleh jadi jika fail tu crash ke, rosak ke atau masuk virus. Tapi ada 4 cara yang korang boleh buat.
1. Kalau fail masih boleh dibuka, tapi fail tu rosak korang buka fail kemudian save semula dalam jenis lain seperti RTF, Webpage atau Plain Text. Kemudian, save semula ke fail asal iaitu Word.
2. Buka semula fail yang rosak tu, pergi ke File > Open > Browse kemudian pilih fail yang rosak tadi. Waktu nak klik Open tu, klik pada anak panah ke bawah dan pilih Open and Repair. Jadi, fail tu akan jadi fail yang baru.
3. Kalau dah teruk sangat rosaknya dan langsung tak boleh buka apa yang korang boleh buat adalah, buka dokumen kosong di Word, klik Insert > Insert Object > Text from File. Kemudian, pilih dokumen yang tak boleh dibuka tu dan klik Insert. Kalau tak ada sebarang masalah, fail tadi boleh dibuka.
4. Hanya untuk Word 2016. Kalau dokumen Word korang tak boleh buka, buka Word kemudian pilih View > Draft. Klik File > Options > Advance. Skrol sampai jumpa Show document content, kemudian tick option Show picture placeholders dan Use draft front in Draft and Outline views. Jika sudah, cuba buka dokumen yang tidak boleh dibuka tersebut.
Selamat mencuba!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.