Kredit gambar utama: Shutterstock
Siapa tak nak kulit sihat, berseri, tegang dan flawless, kan? Terutamanya di bahagian muka. Sebab itulah orang sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggunakan berbagai produk untuk mendapatkan tekstur kulit muka idaman.
Selain jerawat, ada banyak lagi masalah yang melibatkan kulit muka dan menyebabkan kerisauan termasuklah kulit kering, tona tidak sekata, timbul garisan halus dan kedutan. Anda boleh atasi masalah yang membelenggu kulit wajah dengan 5 cara ini.
#1 Senaman muka
Kredit: http://healthy-wealthy-wise-nofries.blogspot.com
Dengar macam main-main tetapi dengan teknik senaman yang betul dapat menguatkan otot muka dan bibir serta membantu melancarkan peredaran darah. Barulah muka kembali tegang dan sihat. Cubalah!
#2 Stim muka
Kredit: Shutterstock
Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum. Anda hanya mandi dengan air panas 2 ke 3 kali seminggu. Anda juga boleh didihkan air dalam periuk, letakkan di atas meja dan tutup kepala dengan tuala untuk melakukan proses pengewapan.
#3 Gunakan masker DIY
Kredit: Shutterstock
Masker bukan sahaja menjadikan kulit tegang, mulus dan bersih tetapi membantu melembapkan wajah, mengecilkan pori-pori, menghilangkan kotoran, minyak dan sisa mekap. Selain membeli masker, anda boleh hasilkannya sendiri. Salah satu daripadanya dengan menggunakan putih telur atau campuran bedak sejuk dan madu.
#4 Kurangkan menyentuh wajah
Selain pengambilan makanan seimbang dan minum air secukupnya, disiplinkan tangan untuk tidak memegang muka. Iyalah, tangan anda mungkin kotor, jika terlalu kerap menyentuh wajah boleh menyebabkan jangkitan kuman dan merangsang jerawat dan radang.
#5 Gunakan KC II Advance Night Repair
Produk ini mengandungi kombinasi vitamin A, C & E yang mempunyai 7 fungsi untuk mencantikan kulit wajah dan membaiki serta melembutkan struktur kulit wajah sehingga ke lapisan ketiga. Advance Night Repair juga sesuai digunakan untuk melembapkan kulit wajah sepanjang malam.
Kandungan vitamin A di dalamnya yang dikenali sebagai retinol merupakan antioksidan yang kuat, mampu menghilangkan dan mengurangkan kedutan serta garisan halus pada wajah melalui peningkatan penghasilan kolagen dalam kulit. Retinol juga sangat efektif untuk menghilangkan jerawat serta membantu mencerahkan kulit wajah dan menjadikan kulit wajah lebih muda berseri.
Kandungan vitamin C pula membantu melindungi dan membantu kulit wajah melawan radikal bebas. Vitamin C yang dikenali sebagai asid askorbik juga membantu meningkatkan pengeluaran kolagen sihat dalam kulit serta mengurangkan inflamasi dan iritasi. Vitamin E pula membantu menyembuhkan kulit yang rosak.
Anda yang inginkan kulit wajah cantik, bebas kedutan dan sihat, KC II Advance Night Repair adalah jawapannya. Dengan KC II, Your Age Is Now Secret.
Layari website Karisma Cosmetic atau Facebook Karisma Cosmetic HQ untuk info lanjut. Pastiiiii Chantikk Sangatttt!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.