
Baru-baru ini berlakunya satu kemalangan membabitkan sebuah SUV yang menjunam ke dalam laut. Kejadian yang berlaku di Pulau Pinang itu telah mengakibatkan pemandu kereta tersebut meninggal kerana tidak sempat menyelamatkan diri disebabkan oleh kereta yang dinaikinya menjunam ke dalam laut.
Jadi, hari ini kami mahu berkongsi langkah-langkah yang perlu anda ambil sekiranya kereta yang dipandu oleh anda terjatuh ke dalam laut:
#1 Jangan Panik
Sekiranya anda terjatuh di dalam air, tenangkan diri. Jangan gelabah dan tarik nafas secukupnya. Tetapkan minda anda bahawa anda akan selamat. Fokus kepada langkah-langkah seterusnya kerana anda perlu bertindak dengan pantas.
#2 Jangan Buka Pintu
Apabila kenderaan mula tenggelam, jangan sesekali buka pintu kerana arus air akan menyukarkan anda untuk membuka pintu. Jika anda boleh buka sekalipun, ia akan menyebabkan kenderaan anda lebih cepat tenggelam.
#3 Keluar Menerusi Tingkap
Opsyen pertama yang anda perlu lakukan ialah melihat tingkap anda. Perkara pertama yang anda perlu buat ialah buka tali pinggang anda dan terus bertenang.
#4 Opsyen Kedua
Jika anda merasakan tingkap anda gagal dibuka, sebaiknya anda terus memecahkan cermin kereta anda. Jangan sesekali terfikir untuk memecahkan cermin hadapan kerana ia direka untuk menerima impak yang kuat. Jadi, agak mustahil untuk anda pecahkan cemin hadapan anda.
#5 Pecahkan Tingkap Tepi
Jadi, pilihan terakhir adalah pecahkan tingkap tepi. Pastikan anda memecahkan bahagian atas cermin kerana di situ bahagian paling mudah untuk dipecah.
#6 Alat Bantuan
Kalau anda rasa tidak cukup kuat, gunakan headrest tempat duduk sebagai alat. Anda juga boleh dapatkan alat pemecah tingkap yang boleh didapati di mana-mana kedai alatan.
#7 Langkah Terakhir
Selepas berjaya memecahkan tingkap, keluar dengan sepantas yang mungkin hingga ke permukaan air.
Sumber: Maskulin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.