Oleh Feyra Nasrom Sumber CARI
Bunyi macam pelik je kan.. mesti korang semua tak pernah terfikir ubat gigi boleh dijadikan sebagai bahan untuk uji kehamilan pada wanita.
Ya, tahukah anda, ubat gigi boleh dijadikan alat untuk mengesan korang sebenarnya hamil atau tidak. Cara-caranya?? Senang aje.. Korang hanya perlu sediakan sampel air kencing dan ubat gigi secukupnya okay. Lakukan cara ini pada waktu pagi tau.
Jadi bagaimana nak tahu seseorang itu hamil atau tidak.. Jika ubat gigi berubah warna atau menggelembung serta berbusa, itu tandanya wanita itu sedang hamil. TAPIIIII… menurut portal The Independent, pakar runding Ginekologi (sakit puan) Dr Alex Eskander menyatakan kaedah itu karut dan belum ada kajian yang mengatakan air kencing yang dicampurkan dalam ubat gigi merupakan alat yang sahih untuk mengsesan kehamilan seseorang wanita itu.
Jadi.. pengajarannya.. jangan mudah terkesan dan percaya dengan segala benda yang viral di laman sosial ni okay!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.