
Foto: Majlis Bandaraya Kuantan
Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengumumkan perubahan rasmi ejaan nama destinasi popular pantai timur negeri mereka, Cherating kini dieja dengan bentuk baru ‘Cerating’ melalui rujukan Pekeliling SUK Bil.7/1984 (Keputusan MMK 5/98).
Mengikut sumber rasmi MBK, penggantian ini bertujuan menyemak semula standard ejaan yang selaras dengan Garis Panduan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pekeliling tersebut merujuk format ejaan bahasa kebangsaan yang digunakan sejak tahun 1984.
Segala papan tanda jalan, signboard pelancongan dan dokumen rasmi perlu dikemaskini dengan ejaan ‘Cerating’.
Maklumat tambahan atau sebarang semakan lanjut boleh dirujuk kepada MBK atau DBP.
Sumber: Majlis Bandaraya Kuantan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.