Jika anda merupakan peminat filem Nemo, pasti anda cukup mengenali spesis ikan ini, iaitu Clown Fish.

Ikan daripada sub-spesis Amphiprioninae ini lebih banyak didapati di lautan Pasifik, termasuk Laut Merah. Menjadi pilihan kebanyakkan orang untuk dipelihara, spesis ikan ini adalah jenis omnivor, iaitu memakan daging dan tumbuh-tumbuhan.


Apa yang menarik tentang ikan clown fish ini adalah ikan ini boleh bertukar jantinanya daripada jantan kepada betina untuk proses mengawan, dikenali sebagai gender-switch.

Ikan betina reproductive (dominant female), iaitu ikan paling besar, adalah ikan yang subur dan boleh membiak. Apabila ikan betina mati, ikan jantan reproductive (nondominant male) akan mengalami pertambahan saiz dan menjadi ikan betina. Apabila ikan jantan menjadi ikan betina, clownfish kategori undifferentiated akan menjadi ikan jantan pula.

Tambah lagi, apabila ikan clown fish ini menetas, kesemua anak ikan adalah jantan. Hanya ikan jantan yang reproductive sahaja akan bertukar menjadi ikan betina dan ikan betina inilah yang menjadi ketua dan menjaga kumpulan ikan clown fish.

Sumber: Aquatic Community
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.