“Chi sa respirare, sa cantare," adalah frasa yang menyatakan sesiapa yang mampu bernafas dengan baik, mampu menyanyi dengan baik.
Jangkitan pernafasan seperti Covid-19 memang secara tidak langsung memberi kesan kepada nyanyian akibat kecederaan peti suara dan ia juga boleh menyebabkan kelumpuhan vocal cord untuk sementara.
Bayangkan nak bernafas pun semput, bagaimana hendak menghasilkan fonasi yang sempurna? Kelesuan yang dialami selepas jangkitan juga mengambil tempoh masa sehingga beberapa minggu sebelum tubuh pulih sepenuhnya.
Melihat penyanyi berada di pentas besar atau acara nyanyian besar, beradu suara dalam keadaan baru sembuh dari jangkitan adalah satu perkara yang sangat luar biasa. Seperti contoh, kesungguhan yang ditampilkan memang berhasil apabila Marsha Milan Londoh merangkul 2 anugerah utama dalam pertandingan nyanyian berprestij baru-baru ini.
Bagi individu lain, khususnya dikalangan penyanyi dan pemuzik, pastikan anda terus menjaga SOP dan mengambil vaksin booster sebagai perlindungan kerjaya untuk jangka masa panjang.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.