Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Cuaca Tak Menentu Punca Fenomena Siput Laut Naik Pantai

Ramai yang berpusu-pusu mengambil siput laut berkenaan di pantai dekat Marang, Terengganu
Editor
23 Nov 2020, 11:19 AM

Beberapa hari lalu, berlaku fenomena siput laut terdampar di Pantai Rusila, dekat Kg. Rhu Dua di Marang, Terengganu yang menarik minat ramai untuk ke tempat berkenaan bagi mengambil kerang.

cuaca tak menentu punca fenomena siput laut naik pantai

Menurut Pensyarah Kanan dan ahli malakologi Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu, Dr Nursalwa Baharuddin berkata faktor cuaca tak menentu serta perubahan oseanografi menjadi sebab mengapa berlakunya fenomena ini.

"Fenomena ini membolehkan siput-siput dewasa berkumpul supaya dapat meningkatkan pembiakan dan kemandirian dalam populasinya.

"Selain itu, generasi yang berdaya tahan akan dihasilkan untuk kembali ke habitatnya. Melalui fenomena ini juga, siput ini dapat menjelajah kawasan baharu untuk mencari sumber makanan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Siput laut yang juga dikenali dengan nama saintifiknya 'Margistrombus marginatus' yang mempunyai saiz berukuran antara empat sentimeter (cm) hingga 8 cm.

"Siput ini kebanyakannya terdapat di Laut Andaman, perairan selatan India, Selat Melaka dan Laut China Selatan malah kajian yang telah dilakukan kumpulan penyelidik saya di perairan Pulau Bidong pada tahun 2018 juga merekodkan kewujudan spesies tersebut.

"Ianya banyak didapati di kawasan yang terdapat rumput laut dan berada di kawasan bentik iaitu permukaan bawah laut yang berpasir dan berkelodak. Ia 'muncul' semula selepas berpuluh tahun disebabkan ombak kuat dan perubahan oseanografi yang berlaku sejak akhir-akhir ini," katanya lagi.

Orang ramai yang mengambil siput berkenaan dinasihatkan agar merendam siput terbabit dalam air masin semalaman, sebelum direbus dan dimasak bagi memastikan kotoran serta lendir dapat diasingkan.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us