Masyarakat kita bertuah kerana dipenuhi dengan pelbagai elemen sastera seperti puisi, sajak dan teka-teki yang sedikit sebanyak menghiburkan. Teka-teki, misalnya sering digunakan sebagai cara mengisi masa lapang bersama rakan-rakan. Namun ia semakin tenggelam dek kerana media sosial yang semakin berkembang.
Jika anda mahir berteka-teki, apa kata anda cuba jawab teka-teki Melayu lama ini?
- Anak raja berjambul emas.
- Badan di – atas, nyawa di – bawah
- Tarek akar gunong berlari
- Di-tutup sa – besar kuku, di – buka sa – besar alam
- Bila di – tinggalkan, di – ambil ta’ boleh
Dapat jawab? Haa, berikut adalah jawapannya:
- Pelita
- Layang – layang
- Perahu
- Mata
- Tempat duduk
Teka-teki sebenarnya diatas dipetik daripada buku lama, Long – Chair Malay yang diterbitkan pada 1918 dan ditulis oleh O.T Dussek.
O.T Dussek merupakan pengetua pertama Maktab Perguruan Sultan Idris dan merupakan seorang pegawai British yang bertugas di Tanah Melayu. Beliau dikehendaki belajar Bahasa Melayu sehingga menjadi sarjana bahasa tersebut, seangkatan dengan R.O Winstedt, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden, W.G Shellabear, J.Crawfurd, dan A.M.
Dipetik daripada portal Ajar Malaysia, O.T Dussek pernah berkata;
“Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta umat manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa yang terbesar di dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Peliharalah bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tahap yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah taraf bangsa kamu,”
Power!
Salinan PDF penuh buku tersebut boleh diperoleh di sini.
Sumber: Portal Ajar Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.