Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Wanita Curi RM2,500 Di Majlis Kahwin Ditangkap, Punyai 10 Rekod Jenayah Lampau

Aimi Amira Nordin
17 Feb 2025, 02:19 PM

wanita curi rm2,500 di majlis kahwin ditangkap, punyai 10 rekod jenayah lampau

Foto: Sinar Harian

Seorang wanita yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri wang RM2,500 pada majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan di sini pada 1 Februari lalu dilaporkan telah ditangkap polis.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed.

Menurutnya, semasa melakukan rondaan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah terserempak dengan sebuah teksi jenis Nissan Sentra dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, suspek telah ditahan pada jam 2.35 petang hari Ahad oleh anggota polis di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu.

 

"Anggota bertugas terus mengekori kereta tersebut dan menahan suspek bersama seorang lagi rakannya yang merupakan pemandu teksi di hadapan sebuah masjid," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

“Anggota bertugas telah melakukan pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua suspek dan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu,, siasatan awal mendapati suspek mengaku telah mencuri wang berjumlah RM2,500 semasa majlis perkahwinan tersebut.

"Semakan ke atas suspek mendapati dia mempunyai 10 rekod jenayah lampau.

"Seorang lagi rakan suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun mempunyai satu rekod jenayah lampau," ujarnya.

Menurut beliau, kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas pada Isnin untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us