Pernah tak korang cuba untuk tutup mata serapat-rapatnya dalam satu tempoh masa yang panjang, dan korang akan dapati ada bunyi bingit dan bergema dalam telinga?
Kenapa ia terjadi? Dari mana datangnya bunyi ini?
Bunyi bingit ini datang daripada otot tensor tympani yang menegang dalam telinga. Otot yang menegang dan bergetar ini akan menghasilkan bunyi. Selain ketika menutup mata, bunyi gema ini juga boleh kedengaran ketika kita sedang menguap.
Tanda merah menunjukkan kedudukan otot tensor tympani.
Namun, tak semua orang boleh dengar bunyi bergema ini kerana bunyi yang dihasilkan oleh otot tensor tympani ini adalah sangat-sangat perlahan.
Rujukan:
- Washington University
- HyperPhysics – Georgia State University
- Veterinary Anatomy University of Minnesota Twin Cities
- Emory University
- National Center for Biotechnology Information
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.