Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Den Manjo Sebak, Bangga Lagu Kelantan Dapat Raih Trofi di Anugerah Besar - “Saya Terkejut dan Tergamam…“

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 Sep 2025, 10:55 AM

den manjo sebak, bangga lagu kelantan dapat raih trofi di anugerah besar - “saya terkejut dan tergamam…“Foto: Facebook

Penyanyi, Den Manjo meluahkan rasa terkejutnya apabila lagu Cinta Setandan Pisang atau lebih dikenal sebagai Bey Sobar Bey diumumkan sebagai pemenang Lagu Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).

Menerusi perkongsian di Instagram Era, Den berkata beliau sama sekali tidak menyangka kemenangan itu kerana ini kali pertama lagu berdialek Kelantan berjaya meraih pengiktirafan di pentas anugerah berprestij.

“Saya tergaman dalam dewan ketika pengumuman dibuat. Bagaikan tidak percaya, lagu berdialek Kelantan boleh mendapat tempat di acara berprestij begitu,” ujarnya.

Enggan berlengah, Den turut memaklumkan selepas ini, dorinya akan keluarkan lagu baharu bersama Eda sebagai sambungan kepada Bey Sobar Bey iaitu Tokleh Nok Sobar dan Adik Sayey Abey Sorey.

Dalam pada itu, Den turut tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih buat peminat-peminat yang sentiasa menyokong dan memutarkan lagu Cinta Setandan Pisang.

“Tanpa peminat lagu-lagu Kelantan, Bey Sobar Bey mungkin tidak akan tular. Terima kasih banyak kepada semua yang terus menyokong karya dialek Kelantan,” ujarnya lagi.

 

 

Kemenangan Cinta Setandan Pisang sekali gus mencatat sejarah sebagai lagu berbahasa Kelantan pertama merangkul trofi AIM. Lagu tersebut nyanyian duet Eda Ezrin dan Den Manjo turut membawa pulang RM50,000 daripada Dana Kandungan Kreatif (DKK) di bawah Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV).

Den Manjo turut menzahirkan rasa syukur serta mengumumkan bakal hadir dengan single baharu tidak lama lagi.

Penyanyi, Den Manjo pula turut mendedikasikan kemenangan itu buat rakan duetnya, Eda Ezrin sambil mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak.

“Eda Ezrin, ini untuk anda. Teruskan menyokong lagu-lagu dalam dialek Kelantan,” katanya.

Bagaimanapun, Eda atau nama penuhnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, tidak hadir untuk menerima anugerah tersebut.

Untuk rekod, Cinta Setandan Pisang menewaskan beberapa calon lain termasuk Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Magis (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kalam (Shiha Zikir) dan Oh Huminodun (Elica Paujin).

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us