
Foto Hiasan
Siapa sangka, suara dengkuran kucing yang lembut dan menenangkan bukan sekadar tanda kasih sayang tetapi ia juga menyimpan kuasa penyembuhan semula jadi! Kajian mendapati bahawa getaran halus daripada dengkuran kucing boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan luka dan tulang yang patah.
Apabila seekor kucing berdengkur, getaran yang dihasilkan berada dalam frekuensi sekitar 25 hingga 150 Hz. Frekuensi ini bertepatan dengan kadar getaran yang terbukti menyokong proses penyembuhan tulang, mengurangkan keradangan, serta merangsang pertumbuhan tisu baru. Bukan sahaja memberi ketenangan emosi, kehadiran si comel ini juga boleh memberi manfaat fizikal kepada manusia.

Foto Hiasan
Mungkin sebab itu kita berasa lebih tenang dan ‘segar’ selepas membelai atau memeluk kucing. Ia bukan sekadar kasih sayang, tetapi terapi semula jadi yang membantu tubuh kembali sihat.
Jadi, lain kali bila kucing anda berdengkur manja di sisi, ketahuilah ia bukan hanya tanda cinta tetapi juga satu bentuk keajaiban alam yang menyembuhkan.
Sumber: basepaws.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.