Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Detik-detik letupan gegarkan Istiklal Avenue, Istanbul

Enam maut, lebih 50 cedera dalam serangan bom di Istanbul

detik-detik letupan gegarkanistiklal avenue, istanbul

Enam orang awam terbunuh manakala 53 lagi cedera selepas sebuah letupan menggegarkan Istiklal Avenue di tengah Istanbul, hari ini.

Kenyataan dikeluarkan gabenor tempatan dan menerbitkan video memperlihatkan situasi genting itu menyebabkan orang awam lari menyelamatkan diri dari letupan.

Dalam kejadian itu, pihak berkuasa mengepung lokasi dan beberapa ambulan bergegas ke tempat kejadian . Menurut TRT News, lokasi itu terletak di Beyoglu di bandar Istanbul yang sesak dengan orang awam.

"Terdapat kehilangan nyawa dan kecederaan," kata Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya di Twitter memaklumkan letupan berlaku sekitar 4.20 petang waktu tempatan.

Namun begitu, agensi Anadolu milik kerajaan Turki berkata punca letupan masih belum diketahui, namun Presiden Tayyip Erdogan berkata kejadian itu seperti serangan 'keganasan'.

Dalam pada itu, wartawan Reuters menyaksikan sebuah helikopter berlegar di udara serta beberapa ambulan berada berhampiran Dataran Taksim.

Balai polis Kasimpasa memaklumkan semua anggotanya berada di tempat kejadian tetapi tidak mengeluarkan butiran lanjut.

Media tempatan berkata penyiasat turut berada di tempat kejadian.

Dalam masa sama, Bulan Sabit Merah Turki berkata bekalan darah sedang dibawa ke hospital berdekatan.

Pengawal Majlis Tertinggi Radio dan Televisyen Turki (RTUK) mengenakan larangan penyiaran ke atas liputan letupan itu kira-kira sejam selepas ia berlaku.

 

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}