
Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yassin yang dianjurkan oleh Astro Radio selamat diadakan di Surau Astro dan turut disiarkan secara langsung melalui aplikasi sosial media Tiktok era.je.
Doa selamat dan bacaan yassin ini diadakan untuk mendoakan kesejahteraan Faisal Halim yang melecur tahap empat akibat insiden simbah asid.
Ramai rakan industri hiburan yang turut menghadiri majlis ini, termasuk penyampai radio Astro; Radin, Nabil Ahmad, Mawi, Rahim Sepahtu, Fizie Roslan, Issey Fazlisham dan ramai lagi. Pemain bola sepak negara ; Safee Sali, Zainal Abidin Hassan juga turut hadir pada majlis ini.
"Sama-samalah kita rakyat Malaysia semua bersatu hati mendoakan Faisal Halim semoga sembuh seperti sediakala dan kita semua berharap prestasi beliau kembali seperti mana yang kita tahu kelincahannya," kata Penolong Jurulatih KL City, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo).
"Buat masa ini mereka cuma pergi berlatih dan pulang, saya harap persatuan-persatuan dapat sediakan langkah keselamatan kepada semua pemain-pemain mereka," kata Pelatih Bola Sepak Datuk Zainal Abidin Hassan
Safee Sali juga meluahkan kerisauannya mengenai keselamatannya selepas insiden yang menimpa Faisal Halim.
"Sebagai seorang bekas pemain, saya rasa terkesan. Saya berhati-hati selepas ini dan saya tidak akan berjalan seorang diri selepas ini. Saya kena ambil pegawai keselamatan atau saya perlu memikirkan demi keselamatan. Whatever saya akan pastikan saya dan keluarga balik dengan selamat,” kata Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali.
Hampir 35 ribu penonton yang menonton melalui siaran langsung di Tiktok yang turut mendoakan kesembuhan Faisal Halim dan berharap beliau kembali sihat seperti sedia kala.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.