Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Trend Bahaya Ragut Nyawa, Dua Remaja Maut Ketika Cuba ‘Subway Surfing’ di New York

IDRUS, Husna Najwa
06 Oct 2025, 12:04 PM

trend bahaya ragut nyawa, dua remaja maut ketika cuba ‘subway surfing’ di new york

Foto: NY Times

Dua remaja perempuan dilaporkan maut selepas dipercayai melakukan aksi berisiko tinggi dikenali sebagai “Subway Surfing”, iaitu menunggang di atas bumbung kereta api bawah tanah yang sedang bergerak.

Menurut pihak berkuasa New York, mangsa dikatakan naik ke bahagian atas tren bawah tanah bagi merakam aksi berbahaya tersebut yang merupakan satu trend semakin tular di media sosial, khususnya dalam kalangan remaja yang mahu mencari sensasi dan tontonan segera.

Namun, aksi yang disangka menyeronokkan itu berakhir dengan tragedi. Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Fenomena “Subway Surfing” semakin membimbangkan pihak berkuasa New York kerana aktiviti itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah telah meragut beberapa nyawa remaja dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

trend bahaya ragut nyawa, dua remaja maut ketika cuba ‘subway surfing’ di new york

Foto: NY Times

Jurucakap Jabatan Transit Metropolitan (MTA) menegaskan, perbuatan seperti ini bukanlah aksi berani, tetapi aksi yang boleh meragut nyawa dalam sekelip mata.

“Ia bukan hiburan atau cabaran, ia bahaya sebenar. Kami menyeru ibu bapa dan remaja untuk tidak meniru aksi ini demi keselamatan diri,” katanya.

Trend berbahaya seperti ini dipercayai berpunca daripada pengaruh media sosial di mana sesetengah pengguna sanggup mempertaruhkan keselamatan demi perhatian dan tontonan.

Tragedi di New York ini sekali lagi menjadi peringatan keras bahawa satu detik keberanian palsu di internet boleh membawa padah yang kekal selamanya.

Sumber: NY Times

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us