Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

“Dua Tahun Tidur Sebilik dengan Ibu Mentua – Saya Isteri Tapi Rasa Macam Orang Ketiga”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 May 2025, 04:42 PM

“dua tahun tidur sebilik dengan ibu mentua – saya isteri tapi rasa macam orang ketiga”Foto sekadar hiasan

Seorang wanita mencuri perhatian ramai di media sosial selepas meluahkan kisah hidupnya yang penuh tekanan apabila terpaksa berkongsi bilik tidur bukan sahaja dengan suami, tetapi juga ibu mentua, selama dua tahun sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Luahan itu dikongsi dalam sebuah hantaran menerusi kumpulan Facebook khas untuk para isteri, di mana wanita terbabit menyatakan bahawa dia kini berada dalam keadaan tertekan secara emosi dan mental kerana tidak mempunyai ruang privasi sebagai seorang isteri.

Menurut wanita tersebut, suaminya merupakan seorang duda anak satu yang juga anak lelaki tunggal. Sejak berpisah dengan isteri terdahulu, suaminya tidak pernah berenggang dengan ibu sendiri.

Atas sebab itu, apabila mereka berkahwin, dia terpaksa tinggal bersama ibu mentua di rumah keluarga yang hanya mempunyai satu bilik tidur yang kini dihuni mereka bertiga.

“Bayangkan, saya baru kahwin, tapi saya tidur dengan suami dan ibu mentua dalam bilik yang sama. Dua tahun saya hidup macam ni. Saya isteri, tapi rasa macam menumpang dalam rumah orang,” katanya dalam luahan tersebut.

Tambah wanita itu lagi, dia pernah menyuarakan hasrat kepada suaminya agar mereka berpindah ke rumah sewa atau mencari kediaman yang lebih selesa, namun cadangan itu ditolak dengan alasan ibu mentua tidak boleh tinggal seorang diri.

“Hubungan saya dengan ibu mentua sebenarnya baik, cuma saya sendiri sebagai manusia pun perlukan ruang peribadi. Sampai satu tahap saya rasa sedih, saya isteri tapi tak ada ruang untuk jadi isteri,” katanya.

Ujarnya, dia kini berada dalam dilema besar  antara menjaga hati suami dan ibu mentua, ataupun memperjuangkan hak dirinya sebagai seorang isteri yang inginkan kehidupan rumah tangga yang lebih normal dan tenang.

“Saya tahu ini ujian daripada Allah. Tapi sampai bila saya mampu bertahan? Saya bukan tak bersyukur, tapi saya pun ada hati, ada perasaan,” luahnya dengan jujur.

Perkongsian tersebut mendapat ratusan komen daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.

Ramai yang mencadangkan agar dia berbincang dengan lebih tegas bersama suaminya dan menyarankan penyelesaian seperti menyewa rumah berhampiran supaya ibu mentua masih boleh dipantau tanpa perlu berkongsi ruang tidur.

Situasi ini membuka mata banyak pihak tentang cabaran sebenar yang dihadapi pasangan berkahwin, khususnya mereka yang tinggal bersama keluarga mertua. Ia turut menjadi peringatan bahawa perkahwinan bukan hanya tentang cinta dan komitmen, tetapi juga keseimbangan antara tanggungjawab, keperluan emosi, dan ruang peribadi.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us