Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Duda Mengaku Tidak Bersalah Atas Empat Pertuduhan Cabul Tiga Wanita Di Bazar Ramadan Temerloh

ROSTAM, Mohamad Firdaus
20 Mar 2025, 01:37 PM

duda mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan cabul tiga wanita di bazar ramadan temerlohFoto: Sinar Harian

Seorang lelaki yang berstatus duda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh pada Khamis atas empat pertuduhan mencabul tiga wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh, pada bulan Mac lalu.

Tertuduh, Nazarin Romeli, 51, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chew King.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul seorang wanita berusia 26 tahun di kawasan Bazar Ramadan Lurah Semantan sekitar jam 6.40 petang pada 6 Mac yang lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mencabul seorang wanita berusia 22 tahun pada waktu, tarikh, dan lokasi yang sama iaitu sekitar jam 6.20 petang pada 10 Mac.

Pada pertuduhan seterusnya, tertuduh didakwa mencabul seorang lagi wanita berusia 28 tahun di bazar yang sama pada 6 Mac sekitar jam 6.40 petang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda, sebatan, atau mana-mana dua bentuk hukuman tersebut jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Adriana Azrin, sementara tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Shazwani Roselan.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin berjumlah RM14,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 17 April untuk pengurusan dokumen serta lantikan peguam.

Sebelum ini, tular sebuah klip video yang menunjukkan lelaki tersebut sengaja melanggar pengunjung wanita di bazar tersebut yang dimuat naik di aplikasi sosial TikTok pada 11 Mac lalu. Lelaki itu ditahan oleh pihak polis keesokan harinya di lokasi yang sama.

Dalam pembelaannya, lelaki itu memberikan alasan tidak bersama wanita kerana dijangkiti HIV sejak 13 tahun lalu.

Dalam pada itu, Adriana memohon agar tertuduh dikenakan ikat jamin RM7,000 bagi setiap pertuduhan, selain syarat tambahan agar tertuduh tidak mendekati mangsa dan saksi-saksi pendakwaan.

Sementara itu, dalam rayuannya, peguam Nur Shazwani turut memberitahu bahawa tertuduh bekerja sebagai petani dengan pendapatan RM1,000 sebulan dan mempunyai tiga orang tanggungan.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us