Ainil Norazman, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa, Kelantan kini mampu mengukir senyum yang membanggakan apabila keputusan SPM 9A+ (sesi 2014) yang cemerlang membuktikan penat lelah beliau selama ini berhasil. Beliau telah tercalon untuk berada dalam pertubuhan Sigma Xi yang merupakan sebuah pertubuhan profesional antarabangsa yang terlibat dalam perlbagai disiplin kajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang dan telah menerima wang tunai bernilai USD$ 2000.
Ainil yang merupakan graduan dari Princeton University, New Jersey yang berstatus sebagai sebuah universiti bertaraf ivy league telah menerima anugerah The Donald Janssen Dike Award for Excellent In Undergraduate Research bagi kajiannya yang bertajuk "Automated Defect Detection: An end-to-end pipeline from data to deployment" yang mengupas penyelesaian permasalahan dalam bidang industri pembuatan kepada penggunaan teknik yang boleh menjimatkan masa dan kos kepakaran dalam mengesan sesuatu kerosakan.
Sumber: Majlis Amanah Rakyat
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.